Rancangan Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 3
Mata Pelajaran      : Bahasa Melayu
Kelas                    : 1 Arif
Tarikh                   : 2 May 2013
Masa                    : 9.10 - 9.40
Tema/tajuk            : Mari Bertani
Subtopik               : Alatan Berkebun
Bilangan Pelajar     : 37 orang

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

  1. Menyatakan nama empat alatan berkebun .
  2. Menyatakan kegunaan empat alatan berkebun .
  3. Membina empat ayat tunggal atau ayat majmuk menggunakan nama alatan berkebun .                


Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui suasana kebun sayur .
Konsep                       : Kegiatan pertanian .
Nilai Murni                  : 
  • Bekerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan 
  • Menggunakan bahasa yang sopan dalam perbualan 
  • Mengetahui berusaha bersungguh-sungguh akan membawa kejayaan .
Kemahiran                  : 
  • Menjelaskan isi pelajaran 
  • Membina ayat tunggal dan ayat majmuk 
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set induksi / mencungkil idea (5 minit)
Lagu Pak Mamat
1 . Guru minta murid mendengar lagu Pak Mamat sambil menyanyikannya .
2 . Mencungkil idea murid dengan menyoal murid mengenai kebun sayur .
1 . Murid mendengar lagu dan menyanyi .
2 . Murid memberi respon terhadap soalan yang diberi oleh guru .
Teknik : Nyanyian
Contoh : Berikan nama tajuk lagu dan nyatakan nama sayur yang d ketahui .
Perkembangan (10 minit)
Video berkebun
- Alat berkebun
1 . Guru menayangkan video berkebun dan meminta murid memerhatikannya .
2 . Guru menyoal murid nama alat yang digunakan untuk berkebun berpandukan video yang ditayangkan .
3 . Guru menyatakan fokus pembelajaran adalah mengenai alatan berkebun dan meminta murid menyenaraikan nama alatan lain untuk berkebun .
4 . Guru menerangkan nama alatan berkebun dan kkegunaannya .
5 . Guru meminta murid menamakan alatan berkebun yang dipaparkan oleh guru .
1 . Murid memerhatikan tayangan video secara senyap .
2 . Murid menjawab soalan guru .
3 .  Murid menyenaraikan alatan berkebun yang mereka ketahui .
4 . Murid menyemak jawapan
5 . Murid mendengar soalan dan menjawab soalan yang diajukan oleh guru .
Strategi/ teknik : tayangan video dan menyenaraikan
Nilai murni : Memberi perhatian .
Perkembangan 2 (10 minit)
Membina ayat
1 . Guru menerangkan contoh ayat bagi setiap alatan berkebun dengan menayangkan slaid powerpoint .
2 . Guru meminta murid membina ayat dalam kumpulan .
3 . Guru meminta murid membentangkan hasil perbincangan dalam kelas .
4 . Guru membetulkan ayat , menyemak hasil pembentangan murid .
1 . Murid mendengar penerangan guru .
2 . Murid membentuk kumpulan dan menjalankan perbincangan .
3 . Membentangkan hasil perbincangan .
4 . mendengar ulasan guru dan membetulkan jawapan jika salah .
Strategi : Penerangan dan perbincangan dalam kumpulan .
Penutup (5 minit)
Rumusan , nyanyian dan latihan .
1 . Guru menerangkan alatan berkebun bagi memudahkan kerja bercucuk tanam sambil menyoal murid menegenainya . Guru juga menerangkan alatan berkebun adalah tajam dan perlu berhati-hati jika menggunakannya .
2 . Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menyiapkannya di rumah .
3 . Guru memainkan lagu Pak Mamat bagi menutup sesi P&P .
1 . Murid mendengar penerangan guru .
2 . Murid mengambil lembaran kerja dan menyiapkan tugasan .
3 . Murid menyanyikan lagu Pak Mamat ada kebun .
Strategi : Penerangan dan ulasan mengenai nama kegunaan alat berkebun . Latihan sebagai kerja rumah .

No comments:

Post a Comment