Tuesday, April 16, 2013

Sharing knowledge :)


Kandungan dalam buku ini sangat baik untuk kita improve knowledge kita sebagai guru di sekolah dalam sesi PdP :)

- Di bawah adalah antara isi penting yang cukup membantu saya.

     - ALAT BANTU MENGAJAR  

Dalam pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar amat penting dalam membantu guru bagi        melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Kesesuaian alat bantu mengajar dengan kaedah dan   teknik yang digunakan amat penting supaya objektif pengajaran terlaksana sekaligus pelajar menunjukkan reaksi minat kepada pelajaran. Bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat sekaligus menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik. Dengan kata lain, bahan-bahan itu dapat membentuk daya pemikiran kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar. Malah, penggunaan bahan secara teratur akan memberi keberkesanan dalam proses PdP dan pelajar akan lebih berminat untuk belajar.Selain itu, pembaziran masa dalam pembelajaran dapat dielakkan dengan adanya bahan bantuan mengajar yang sesuai. Guru tidak perlu bercakap sepanjang masa semasa mengajar. 

Thursday, April 11, 2013

Hari ni hari Jumaat.. Aktiviti di sekolah ialah Bangkel Klinik UPSR. ..Selain daripada itu ada juga pinjaman pukal dari Perpustakaan Papar.  Yang lain macam biasalah sibuk mengajar dan aktiviti sampingan Key- In data murid..hari pula mau hujan...